Cara Penyimpanan Kulit (leather) Yang Betul [MALAY]

Sebagai seorang tukang upholsteri ataupun sesiapa yang menggunakan kulit, penyimpanan kulit (leather) di dalam stop amatlah penting untuk mengelakkan kulit tersebut daripada menjadi rosak dan mengakibatkan kerugian kepada perniagaan anda.

 

Terdapat banyak benda yang perlu dipertimbangkan tetapi di sini merupakan beberapa kondisi yang paling penting. Sudah tentunya kalau anda boleh menyimpan kulit anda dengan lebih baik, baguslah. 

 


1) Simpan kulit di tempat yang malap.

2.png

 

Apabila menyimpan kulit, carilah tempat ataupun lokasi yang kurang terang kerana kulit tidak harus terdedah kepada cahaya. Tidak kira ianya cahaya matahari ataupun lampu biasa, kulit tidak harus terdedah pada cahaya terlalu lama.



 “Satu tempat bagi setiap benda dan setiap benda di tempatnya”. - Mrs. Beeton




2) Balut kulit dengan kertas pelindung berwarna gelap.

3.png

Dengan menggunakan kertas warna yang lebih gelap, bungkuskan kulit untuk memantulkan cahaya. Bukan hanya kerana anda dapat mencegah cahaya, anda juga dapat mencegah debu pada kulit.



3) Tahap kelembapan stor pada 50% hingga 55%

4.png

Kelembapan stor adalah penting dan perlu diberi perhatian serius semasa menyimpan kulit. Kelembapan di stor adalah penting kerana jika kelembapan terlalu tinggi, terdapat risiko tinggi pertumbuhan kulat pada kulit.

 

Sekiranya kelembapan terlalu rendah, yang bermaksud bahawa sekelilingnya terlalu kering, kulit akan menjadi keras. Ia akan menyebabkan kulit menjadi rapuh dan mudah pecah.


4) Simpan kulit anda di tempat yang berventilasi baik antara 15 darjah celsius hingga 20 darjah celsius.

5.png

Semasa menyimpan kulit anda, kulit boleh disimpan pada suhu yang lebih rendah, walaupun di bawah 10 darjah celcius, tetapi, perhatikan, JANGAN simpan kulit di tempat yang panas dan bersuhu tinggi.

 

Penting juga untuk diketahui bahawa semasa anda menyimpan kulit anda, suhu atau stor tidak harus selalu berubah-ubah. Akan lebih baik jika suhu ditetapkan pada suhu yang sama sepanjang masa, jika boleh. Sekiranya suhu sentiasa berubah, ia akan menyebabkan penuaan pada kulit.



 

#Keretakew #CarsteryKing #非车莫属 

#AutomotiveUpholstery #TheJourneyToProfession 

#SimpanDenganBaik








teammti carbideco1