Cara-cara Menghilangkan Ataupun Mengelakkan Perasaan Mengantuk Semasa Memandu. [MALAY]
Amat berbahaya sekali apabila kita berasa mengantuk semasa memandu. Boleh mengakibatkan kehilangan nyawa sekiranya perasaan mengantuk tersebut tidak diatasi. Tips untuk menghilangkan ataupun mengelakkan perasaan mengantuk semasa memandu adalah seperti di bawah ini.
Sebelum memandu, anda perlulah tidur ataupun rehat secukupnya. Tidak kiralah untuk perjalanan dekat ataupun perjalanan jauh, anda perlu mempunyai rehat yang secukupnya sebelum memandu. Tidurlah sekurang-kurangnya 8 jam pada waktu malam untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Minda anda harus cerdas setiap masa apabila memandu. Malam jangan pergi curi ayam tahu. Hahaha.
Kopi-O, Nescafe, Starbuck, Coffee Bean dan lain-lain lagi, admin tahu ada banyak, anda tahu juga. Minuman berkafein boleh memberi anda tenaga dan menghilangkan perasaan mengantuk. Sekiranya anda tidak minum kopi, anda boleh gantikan minuman tersebut dengan teh panas ataupun minuman isotonik.
Sumber : bebasnews.my
Sekiranya perasaan mengantuk tersebut terlalu kuat, admin nasihatkan supaya anda berhenti di tempat yang sesuai dan selamat untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. Elakkan berhenti di tepi jalan. Carilah tempat yang sesuai seperti di stesen minyak ataupun di R&R Plus sekiranya anda memandu di lebuhraya.
Sekiranya anda memandu dengan ahli keluarga ataupun kawan-kawan, berboraklah dengan mereka. Berborak boleh mengelakkan perasaan mengantuk ketika memandu. Ia boleh menjadikan pengalaman memandu tersebut lebih menarik dan mungkin tanpa disedari, anda akan melupakan masa lama perjalanan tersebut kerana mempunyai teman berborak.
Mendengar radio ataupun muzik merupakan lagi satu cara yang baik untuk menghilangkan perasaan mengantuk ketika memandu. Muzik itu bagus tapi janganlah pilih muzik yang lembut nanti dibuai lagi mengantuk. Pilihlah musik yang bersesuaian. Sekiranya anda mendengar lagu, nyanyilah sekali, mana tahu ada bakat tersembunyi.
Kesimpulannya, memandu dengan perasaan ngantuk amat berbahaya. Faktor mengantuk merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada kemalangan jalan raya. Elakkan kemalangan dengan memastikan anda sentiasa cerdas ketika memandu.
#Keretakew #CarsteryKing #非车莫属 #Carbideco
#AutomotiveUpholstery #TheJourneyToProfession
#MengantukSalahMasa