Abah kata, “duduk di rumah, jangan ke mana-mana”. Kita duduk di rumah, cuci dalaman kereta. [MALAY]

Sebagai seorang pemilik kereta dengan penggunaan pelapis kulit, memahami kaedah yang betul untuk membersihkan dan merapi bahagian dalaman kenderaan anda sangat penting. Kaedah yang betul adalah penting untuk memastikan pembersihan dan pemeliharaan yang betul dan pada masa yang sama untuk mengelak merosakkan pelapis semasa proses pembersihan dan pemeliharaan sedang berjalan.

6.png

Terdapat beberapa langkah untuk membersihkan dan merapi upholstery kulit kerusi kereta. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut.

 

1) Gunakan vakum dengan berus yang lembut untuk menaikkan kotoran dan habuk sebanyak mungkin.

- Ianya penting untuk menggunakan berus yang lembut untuk mengelakkan calar pada kulit.

7.png


2) Gunakan beberapa titik krim kulit pada kain dan lap tempat duduk tersebut.

- bahan dan sifat kain juga harus lembut untuk mengelakkan calar pada kulit.

- mengelap dengan cara yang lembut dengan menggunakan pergerakan bulat untuk menggerakkan serat kulit.

- krim kulit boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam tetapi ianya normal.

8.png

Sumber : armourall.com

9.png

3) Setelah mengelap, biarkan kulit selama beberapa minit kemudian gunakan kain bersih lain untuk melapkan tempat duduk dan menaikkan kilauan kulit.

- krim kulit bukan sahaja membersihkan tempat duduk tetapi juga melindungi, menggilap, merapi dan juga memberi rupa yang berkilat pada kulit.

10.png

Sumber : countryliving.com

Semasa membersihkan kulit, ianya penting untuk menggunakan krim kulit. Krim kulit membantu dalam pembersihan dan membantu memelihara kulit sehingga tahan lebih lama. Kulit yang dikondisikan dengan baik dapat menghalangnya berubah menjadi keras dan kaku. Tambahan pula, menggunakan krim kulit dan perapi kulit dan bukannya cecair pembersih lain dapat menjadikan kulit lebih kuat dan tahan lama.

11.png


Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan pembersih yang tidak disahkan atau pembersih buatan sendiri untuk membersihkan kenderaan. Gunakan hanya perapi dan krim komersial yang telah diuji oleh pelbagai organisasi dan pengeluar yang diperakui. Penggunaan cecair pembersih atau cecair pelindung yang tidak diketahui boleh mendatangkan risiko serius untuk menyebabkan kemudaratan lebih lanjut pada pelapis daripada membantunya.

 

“Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati” - Admin

 

#Keretakew #CarsteryKing #非车莫属 

#AutomotiveUpholstery #TheJourneyToProfession 

#PelapisYangCantikUntukKeretaCantik

teammti carbideco1