5 Manfaat Memulihkan dan Memperbaiki Dalaman Kereta [MALAY]
Memulihkan dan memperbaiki dalaman kereta memberi manfaat kepada anda, pemilik kereta. Tetapi apakah manfaat tersebut dan kelebihan selepas mengubahsuaikan dalaman kereta tersebut.
1. Memelihara keadaan upholsteri
Membersihkan dan memulihkan dalaman kereta akan membolehkan permukaan delaman kereta seperti kerusi, kemudi, bumbung dan lain lain untuk tahan lebih lama. Sebagai contoh, penggunaan “leather cream” untuk mengilat permukaan upholsteri kulit membolehkan kulit tersebut menjadi lebih kuat dan tahan kegunaan harian serta pendedahan kepada persekitaran.
2. Mencegah kesan kotor
Pemandu kereta biasanya menghabiskan banyak masa dalam kereta dan tidak dapat lari daripada keperluan untuk makan dalam keretanya. Makanan dan air tersebut boleh tumpah dan menyebabkan kesan pada permukaan upholsteri. Kesan tersebut boleh dikeluarkan dan mencegahkan kesan tersebut menjadi kekal dan susah untuk dikeluarkan.
3. Menjamin kesihatan pemandu dan penumpang kereta
Kereta sering terdedah kepada habuk dan PBDE yang boleh memudaratkan kesihatan kita. Pendedahan berpanjangan boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius seperti kanser. Dalaman kereta perlu dicuci untuk menjaga kebersihan dan mencegah daripada pendedahan kepada bahan yang memudaratkan.
4. Meningkatkan nilai kenderaan
Mengubahsuai dalaman kereta akan membuatkan kereta nampak baru dan bersih. Bagi pemilik kenderaan yang ingin menjual kenderaan mereka, dengan dalaman kereta yang baru, ia boleh meningkatkan nilai kereta tersebut. Nilai kereta tersebut boleh berubah sekiranya upholsteri kereta tersebut dibalut menggunakan kulit tulen. Nilai kereta tersebut tentunya meningkat berdasarkan bahan yang digunakan.
5. Memberi kereta sebuah wajah baru
Pengubahsuaian dalaman memberikan kereta kamu sebuah waja yang baru, nampak baru dan yang paling penting sekal, ianya diubah mengikuti cita rasa kam. Sekiranya anda seorang yang kreatif dan suka mengubahsuai, anda boleh membuatkan dalaman kereta anda unik, lai daripada yang lain dan hanya digunakan oleh anda seorang sahaja.
#Keretakew #CarsteryKing #非车莫属 #Carbideco
#AutomotiveUpholstery #TheJourneyToProfession
#WuishKeretaCantik